[Back]

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

behringer, x32, column speaker system, digital mixer, l65+l65s, pro256dx, dpm4.13mk2, smaart tuning, pa system for mosque,

Ditulis oleh Eric Chee

Direkomendasi oleh CP Lim.

 

Projek naik taraf sistem PA di Masjid Jamek Seri Peling merupakan satu kerjasama unik di antara pihak AJK Masjid, Triple Two Production & AV Electronics Marketing (AVEM). Masjid Jamek merupakan penguna produk AVEM untuk masa yang agak lama. Sistem sedia ada merupakan PA sistem dari jenama Emix yang masih lagi berfungsi dengan baik.

Emix PA Sistem di Masjid Jamek Seri PetalingEmix PA Sistem di Masjid Jamek Seri PetalingEmix PA Sistem di Masjid Jamek Seri Petaling

Emix merupakan sistem sedia ada yang tengah digunakan

Pihak masjid mendapat maklumat tentang sistem column Audiocenter L65 di instalasi masjid di Malaysia melalui video Youtube kami "Audiocenter L65 Audio tidak kedengaran di belakang masjid". Dengan ini, mereka berminat tentang keupaya sistem ini untuk memberikan audio yang lebih baik daripada sistem sedia ada. Namun demikian, sistem ini harus memberi penambah baik yang ketara untuk mewajarkan kos untuk sistem baru. 

 

Pihak AJK masjid mengenali Pengarah Urusan Triple Two Production yang merupakan syarikat event & sewa peralatan audio. Triple Two Production memiliki beberapa set Audiocenter L65, L65A dan L65S sebagai system mudah alih mereka.

Audiocenter L65 + L65A digunakan untuk Forum Islam di Pusat Sains negara

Audiocenter L65+L65A milik Triple Two Production digunakan untuk event di Pusat Sains Negara

Perbincangan & perancangan sistem L65 untuk Masjid Jamek Seri Petaling semakin hangat dan Eric Chee dari AV Electronics Marketing di bawah ke dalam perbincangan tersebut. Segala kemusykilan tentang keupayaan teknikal tentang sistem ini dapat dijawab oleh Eric dan satu cadangan untuk prestasi terbaik diberikan kepada pihak masjid di akhir perbincangan tersebut.

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Lawatan tapak oleh staff AVEM, Eric Chee ke Masjid Jamek Seri Petaling

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Perbincangan bersama Triple Two Production, AJK PA Masjid & Ustaz Rockhizam

 

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Penjelasan ukuran sistem bunyi menerusi perisian SMAART

 

Selepas lawatan tapak and pemahaman tentang kehendak masjid, Eric mengeluarkan satu cadangan kuantiti unit, lokasi pemasangan dan sudut penghalaan sistem L65 ini. Dengan mengunakan simulasi komputer, satu pemetaan SPL, lokasi loudspeaker and sudut halaan loudspeaker dikongsi kepada Triple Two Production & pihak masjid. 

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Simulasi komputer, pemetaan SPL, lokasi pemasangan & sudut penghalaan sistem L65

Mengunakan maklumat dari Eric, Triple Two Production memimjam L65, L65A, L65S (untuk supply signal untuk L65 sahaja, subwoofer volume ditutup), Behringer X32 dan crank up speaker stand. Semua column L65 digantung pada lokasi yang dicadangkan, column dihala dengan sudut yang dicadangkan dan pada ketinggian yang dicadangan. Selesainya setup ini, sistem ini akan diuji pada sembayang Jumaat dimana satu kaji selidik menerusi Google Form akan dilakukan untuk mendapat feedback dari jemaah. Selain kaji selidik dari Google Form, kaji selidik melalui kertas juga diadakan supaya tiada jemaah diketepikan. Kaji selidik ini sangat penting kerana keputusan kaji selidik ini yang menentukan sama ada sistem L65 ini akan diimplementasi di masjid ini. 

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

L65+65A & Crank Up Loudspeaker stand yang dipinjam oleh Triple Two Production

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Cubaan sistem L65 pada solat jumaat

Keputusan dari kaji selidik ini sangat positif dan ia merupakan satu keputusan yang sangat mudah dibuat. Sistem yang baik ditambah lagi dengan implemantasi sistem yang tepat merupakan kriteria utama yang memberi penambahan baik kualiti secara ketara. Team pihak AJK masjid juga sangat berpengalaman dan berkeupayaan mengoperasikan sistem ini. Dalam pencubaan sistem pada solat Jumaat ini, segala sistem setup dibuat oleh team in-house masjid. Triple Two Production hanya meminjam peralatan dan memberi nasihat and AVEM hanya memberi cadangan professional untuk pemasangan. 

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Borang kaji selidik fizikal

 

Borang Kaji Selidik Google Form Implementasi Audiocenter L65 di Masjid Jamek Seri Petaling

Dengan keputusan cemerlang sistem L65 di kaji selidik solat Jumaat, pihak Masjid Jamek Seri Petaling membuat keputusan untuk membeli 6 units Audiocenter L65 column system, 3 unit IVA PRO-26DX Digital Loudspeaker Management, 3 units IVA DPM-4.13mk2 power amplifier & satu unit Behringer X32 digital mixer. Sistem ini akan dibahagi kepada 3 bahagian iaitu Wing Kiri, Wing Kanan dan Dewan Utama. 

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri PetalingAVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA Audicenter, IVA & Behringer terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Salah satu keputusan soalan kaji selidik

Selepas pemasangan sistem baru ini di masjid, AVEM menghantar sistem engineer untuk melakukan penalaan sistem. Dengan mengunaakan perisian SMAART, frekeunsi response loudpspeaker di tapak akan diukur. Dengan perisian ini, kami dapat mengenal pasti apakah frekeunsi yang perlu diperbetulkan. Disebabkan keadaan tapak adalah "highly reverbaration", maka data yang diberikan oleh perisian SMAART adalah sukar untuk ditafsir kerana ukuran data telah bercampur dengan audio frekeunsi pantulan bunyi. Sistem engineer pihak AVEM berpengalaman menyelesaikan keadaan sebegini dan dengan pemahaman prestasi sistem L65, maka ia adalah sangat mudah untuk kami mengasingkan data tidak betul dan hanya mengunakan data yang relevent. Pihak engineer kami juga mengunakan telinga untuk memastikan penalaan bunyi selari dengan kesedapan bunyi pada telinga. Selain itu, setting lain seperti audio routing dan limiter juga dibuat untuk kesenangan operasi sistem dan perlindungan sistem dari overvoltage and over-volume.



Ukuran sistem bunyi menerusi perisian SMAART di tapak
 

Keupayaan mixing engineer di masjid ini juga sangat baik maka kami konfiden untuk mencadangkan Behringer X32 digital mixer. Mixer ini membolehkan audio mixing untuk segala sistem audio di masjid ini (sistem PA 100V Line akan diintegrasikan ke mixer ini pada masa depan). X32 bukan sahaja memberikan kualiti audio yang lebih baik dari analog mixer, ia juga memberi flesibiliti dan fungsi yang tidak dapat dilakukan dengan analog mixer. Segala masalah rumit yang pernah dialami dahulu hanya satu masalah kecil dengan digital mixer. 

X32 merupakan konsol mixer naik taraf dari analog mixer Yamaha

Ustaz Rockhizam di masjid ini juga tertarik dengan jenama Audiocenter selepas mengenali lebih mendalam dengan produk Audiocenter. Selepas mencuba Audiocenter SA312, SA315 & SA310 di showroom AVEM, beliau mengambil keputusan untuk membeli 4 units SA312 untuk diderma kepada Masjid Jamek Seri Petaling.

Projek Masjid Jamek Seri Petaling merupakan satu projek istimewa yang terbesar pernah kami usahakan. Keunikan projek ini adalah proses membuat keputusan pembelian sistem baharu ini 100% bergantung kepada keputusan jemaah. Pihak AJK masjid, in-house team PA, Triple Two Production dan AVEM hanya boleh memastikan kualiti terbaik dihasilkan supaya penguna terakhir iaitu jemaah, dapat membuat keputusan terakhir secara muktamad. Jika sistem baharu ini hanya mempunyai sedikit penambah baikan, maka jemaah akan susah membuat keputusan ini. Tetapi, keputusan muktamad dari jemaah ini membuktikan bahawa sistem baharu ini memberi penambah baikan ketara. Sistem lama masih akan digunakan lagi tetapi ia akan digunakan sebagai sistem sokongan dan ia akan diintegrasi kepada Behringer X32. Tahniah juga kepada pihak masjid kerana mempunyai satu in-house PA team yang sangat berwibawa and berjiwa "long life learning" dalam pembelajaran sistem baharu.

AVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA terunggul kepada Masjid Jamek Seri PetalingAVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA terunggul kepada Masjid Jamek Seri PetalingAVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA terunggul kepada Masjid Jamek Seri PetalingAVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA terunggul kepada Masjid Jamek Seri PetalingAVEM, Triple Two Production & AJK Masjid memberi sistem PA terunggul kepada Masjid Jamek Seri Petaling

Testing & Commisioning di tapak

Kejayaan sesuatu projek ada hasil daripada kerjasama rapat di antara semua pihak. Baca artikel ini mengenai Trinity Cooperative (dalam B. Ingeris)

 

Kita ada sedikit permintaan. Jika anda berasa artikel ini membantu, diharap dapat kongsikan kepada lebih orang ramai


If you find this article useful, please share it out.
Thank you!
Transformasi Dewan Intan: Pemasangan Sistem Audio Yang Komprehensif oleh AVEM

Transformasi Dewan Intan: Pemasangan Sistem Audio Yang Komprehensif oleh AVEM

Karaoke plus Big Sound for a Sibu Home - A Dual Purpose BMB Professional Sound System by Pana Micro Electronics

Karaoke plus Big Sound for a Sibu Home - A Dual Purpose BMB Professional Sound System by Pana Micro Electronics

Enhancing Guest Experiences: Professional Audio System Installation At Container Hotel, Kluang

Enhancing Guest Experiences: Professional Audio System Installation At Container Hotel, Kluang

Sound Reinforcement System for Popeye Restaurant's New Outlet

Sound Reinforcement System for Popeye Restaurant's New Outlet

Transcendence Academy Amplifies Educational Impact with Topp Pro X Series

Transcendence Academy Amplifies Educational Impact with Topp Pro X Series

Panas terik sampai telur pun masak - Topp Pro boleh tahan ke?

Panas terik sampai telur pun masak - Topp Pro boleh tahan ke?

AVEM x Sir Afa Demo Day 6.0 feat Topp Pro mixer, active speaker, Chauvet DJ lighting & Philips Karaoke

AVEM x Sir Afa Demo Day 6.0 feat Topp Pro mixer, active speaker, Chauvet DJ lighting & Philips Karaoke

Lawatan Digital Mixer Topp Pro DM48.20 ke Johor Darul Takzim

Lawatan Digital Mixer Topp Pro DM48.20 ke Johor Darul Takzim

Tenby International School Ipoh trust AVEM and its partner, FMA Electrical in delivering exception sound system for its auditorium

Tenby International School Ipoh trust AVEM and its partner, FMA Electrical in delivering exception sound system for its auditorium

MacGregor’s Traditional Irish Pub embraces Topp Pro loudspeaker for unplugged live performance

MacGregor’s Traditional Irish Pub embraces Topp Pro loudspeaker for unplugged live performance

How AVEM and EK Electronic Services Transformed a Home with BMB Professional Series

How AVEM and EK Electronic Services Transformed a Home with BMB Professional Series

Kejayaan Kolaborasi AVEM dengan rakan niaga dan Masjid Jamek Kampung Bukit Panjang Pekan Nanas dalam Projek Penggantian Peralatan Audio

Kejayaan Kolaborasi AVEM dengan rakan niaga dan Masjid Jamek Kampung Bukit Panjang Pekan Nanas dalam Projek Penggantian Peralatan Audio

AVEM Empowering End Users with Extensive Training Program for Behringer X32 Digital Mixing Console

AVEM Empowering End Users with Extensive Training Program for Behringer X32 Digital Mixing Console

Pemasangan Peralatan Audio Baru Di Masjid Jamek Nur Sa'adah Taib Andak Kulai Oleh AVEM Dan Rakan Niaga Mereka

Pemasangan Peralatan Audio Baru Di Masjid Jamek Nur Sa'adah Taib Andak Kulai Oleh AVEM Dan Rakan Niaga Mereka

Pemasangan Baru Mixer Audio Dan Power Amplifier Di Masjid Jamek Simpang Renggam

Pemasangan Baru Mixer Audio Dan Power Amplifier Di Masjid Jamek Simpang Renggam

Meningkatkan Kualiti Audio di Masjid As Solihin Senai

Meningkatkan Kualiti Audio di Masjid As Solihin Senai

AV Electronics Marketing Transforming Worship Experience of I-kuan Dao Xing Yi Temple in Setapak Kuala Lumpur

AV Electronics Marketing Transforming Worship Experience of I-kuan Dao Xing Yi Temple in Setapak Kuala Lumpur

High-Quality Sound System For Healy Mac's Irish Bar And Restaurant's Latest Outlet

High-Quality Sound System For Healy Mac's Irish Bar And Restaurant's Latest Outlet

DeeJay Kenduri 19 tahun pengalaman analog mixer sahut cabaran digital mixer

DeeJay Kenduri 19 tahun pengalaman analog mixer sahut cabaran digital mixer

PJ Live Arts Theatre Jaya One uses Topp Pro X 15A as stage monitor

PJ Live Arts Theatre Jaya One uses Topp Pro X 15A as stage monitor


WhatsApp AVEM