Ditulis oleh Eric Chee
Artikel ini adalah satu perkongsian dengan anda, satu lagi pemasangan sistem PA Audiocenter column untuk masjid. Reka bentuk sistem ini merupakan inspirasi sistem yang dipasang pada Masjid Sultan Ahmad Shah al Haj di Pekan Pahang dan di Masjid Al Imam Al-Shafie di Taman Maluri Kuala Lumpur. Pelanggan terutamanya di kalangan komuniti masjid sangat gembira dan yakin dengan produk dan kemampuan AVEM dan sistem integrator kami dalam menyelesaikan masalah audio masjid mereka.
Audiocenter L65 + L65A dengan ilustrasi liputan HF horn 2 darjah ke bawah
Artikel ini ini akan membawa anda ke projek di Kuantan Pahang iaitu Masjid Balok Makmur. Dengan kerjasama dengan sistem integrator kami, Sir Afa, kami menjalankan projek ini dengan penuh keyakinan dengan solusi kami kepada pihak masjid. Teramat penting sekali kita memahami apakah masalah yang dihadap sebelum kami memberikan solusi yang tepat. Jika doktor ingin mengubati pesakit, haruslah memberi ubat yang betul. Masalah yang dihadapi oleh masjid ini adalah sama dengan masjid yang kita pernah bantu dalam penyelesaian masalah gema yang kerterlaluan pada ruangan masjid.
Pantulan bunyi berserta pengukuran masa kembali ke telinga
Tidak dinafikan bahawa struktur bangunan masjid merupakan punca utama fenomena gema keterlaluan ini. Tetapi elemen manusia yang memberikan sistem yang tidak betul juga salah satu faktor utama sistem audio sebelum ini tidak memuaskan. Kami mengunakan solusi yang sama iaitu dengan sistem Audiocenter L65 + L65A yang mampu mengawal arah hala audio ke tempat yang kita tujukan. Ini sangat penting kepada kami kerana jika kami dapat mengawal arah hala audio maka kami dapat mengurangkan audio yang dihantar ke dinding atau siling. Ini kerana dinding dan siling adalah tempatnya di mana audio akan dipantulkan. Ini adalah penyebab gema di ruangan masjid.
Seperti yang dijelaskan dalam video di bawah, L65 mempunyai empat tweeter yang dapat menghasilkan frekuensi tinggi yang bagus dan frekuensi rendah yang dihasilkan oleh woofer yang saiznya 5 inci adalah lebih baik daripada sistem column tradisional. Secara keseluruhan, bunyi yang dihasilkan sangat berlainan dari sistem yang biasa kedengaran di masjid biasa.
Untuk memastikan pemasangan terbaik untuk liputan terbaik di ruangan ini, kami diberi maklumat mengenai saiz tempat, kedudukan tempat gantung yang boleh dipilih dan dan ketinggian yang boleh memasang sistem ini. (Kami harus elakan dinding bukan concrete and tempat kosong yang sedia ada). Dengan maklumat ini, kami dapat mengenal pasti ketinggian terbaik, lokasi terbaik untuk memasang pembesar suara ini. Ini untuk memastikan kami mendapat mendapat liputan terbaik serta mengurangkan hala tuju audio ke dinding dan siling.
Contoh Hala Tuju Audio mengikut ketinggian dan tilt angle L65 melalui Simulasi Ease Focus. Ini bukan hasil simulasi projek ini. Gambar untuk ilustrasi sahaja
Dengan perisian simulasi iaitu perisian Ease Focus, kami boleh mencuba beribu-ribu kemungkinan dari segi lokasi dan ketinggian. Dengan ini, kami dapat menentukan kedudukan pemasangan yang terbaik untuk sistem. Hasil simulasi ini dapat kami kongsikan kepada tukang pemasangan kami. Pemasang cuma ikut pemasangan mengikut lokasi yang dinyatakan oleh hasil simulasi.
Maklum balas dari penguna amat memuaskan dengan pujian terhadap sistem audio yang dipasang itu. Di bawah merupakan perkongsian video dari pemasang kami.
Hasil pemasangan 2 set Audiocenter L65 + L65A
Perhatian: Rakaman Smartphone adalah Omnidirection, maka di ruangan yang banyak gema, hasil audio rakaman sepatutnya sangat tidak jelas. Dalam kes ini, rakaman ini sangat jelas dan setiap perkataan pada doa dapat didengar.
Semoga anda mendapat idea tentang prestasi sistem ini walaupun kualiti video yang dikongsi kepada kami beresolusi rendah dan dimampatkan oleh Whatsapp.
Tekan SINI ke lama Audiocenter untuk mengenali lebih banyak tentang produk Audiocenter.
Berminat untuk mengetahui kos untuk project sebegini? Klik SINI
Kita ada sedikit permintaan. Jika anda berasa artikel ini membantu, diharap dapat kongsikan kepada lebih orang ramai