Ditulis oleh Eric Chee
Di artikel ini, kita akan melawat ke Masjid Al-Imam al-Shafie di Kuala Lumpur. Masjid ini telah mengalami masalah audio untuk beberapa tahun, dan akhirnya pada 2020 dengan nasihat dari freelance technician Encik Asman telah menukar sistem PA di dalam masjid ini ke Audiocenter L65 Column Sistem dan L65A ampliifer.
2 masalah paling kritikal yang dialami adalah ketidakdengaran suara oleh jemaah pada bahagian hujung atau belakang masjid tersebut. Satu lagi cabaran adalah bunyi bising ketika hujan lebat akan menyebabkan bunyi yang terlampau bising sehingga bunyi PA sistem yang asal tenggelam.
Solusi kami kepada pihak masjid hanya sepasang sistem column dari Audiocenter. Pihak masjid tertanya-tanya sama ada sepasang sahaja sudah memadai memandangan sistem column lamanya yang berpuluh unit dipasang di sekitar dewan utama tidak dapat menghasilkan kekuatan bunyi and kejelasan bunyi yang memuaskan. Dewan utama masjid ini cukup besar, dianggar lebih kurang 10,000 kaki persegi saiznya.
Pada permulanya, terdapat keraguan pada kebolehan sistem column Audiocenter ini, maka 2 pasang sistem L65+L65A ini dicadangankan. Tetapi, untuk memastikan tidak membazir duit pihak masjid, kedua-dua pihak bersetuju untuk memasang sepasang untuk percubaan. Jika terdapat kekurangan dan tidak kepuasan, maka pasangan kedua akan ditambah. Sehingga kini, masih tiada lagi permintaan untuk pemasangan untuk pasangan kedua. Ini bermakna hanya sepasangan L65+L65A sudah mencukupi untuk kegunaan masjid ini.
Andy Ng telah membuat lawatan tapak ke masjid ini. Jom tonton video untuk ketahui lebih lanjut, informasi, temuh ramah serta testimoni dari AJK dan iman Masjid Al-Imam al-Shafie.
Jika anda minat produk Audiocenter, boleh chek di SINI.
Jika anda memerlukan solusi professional, boleh hubungi kami di SINI.
Berminat untuk mengetahui kos untuk project sebegini? Klik SINI