Ditulis oleh Eric Chee
Direkomendasi oleh Sham
Walaupun jenama Topp Pro sudah lama bertapak di pasaran antarabangsa, namun jenama Topp Pro merupakan satu jenama baharu di Malaysia. AV Electronics Marketing (AVEM) membawa jenama Topp Pro dari Taiwan kepada penguna Malaysia pada tahun 2022. Menerusi kerjasama System Integrator and pihak AVEM, Topp Pro DM24.8 digital mixer mendapat pengiktirafan dari konsultant projek untuk Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. Konsultant untuk projek ini adalah Jabatan Kerja Raya (JKR).
Topp Pro DM24.8 Digital Mixer di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu
Disebabkan oleh kekangan kewangan, penukaran atau penaik taraf sistem audio usang di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu agak mencabar. Audio mixer, processor dan equalizer telah mengalami kerosakan dan sistem tidak dapat digunakan lagi. Cadangan System Intergrator kami adalah mengunakan digital mixer kerana produk jenis ini mempunyai fungsi equalizer, processor, dan audio mixing. Ini bermakna satu model digital mixer mengantikan beberapa produk analog yang telah rosak.
Processor & Equalizer yang rosak di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu
Di antara pelbagai jenis model dan jenama di pasaran, Topp Pro dipilih kerana ia memberi antara muka yang ringkas kepada penguna. Untuk operator di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, kriteria paling penting adalah senang guna, senang belajar dan senang mahir. Ini kerana operator mixer masih lagi belum pernah mendekati produk digital mixer. Topp Pro DM24.8 dipilih juga disebabkan harga yang mampu milik. Disebabkan kekangan kewangan dan Topp pro dapat memenuhi keperluan bajet, maka ia dipilih untuk mengantikan analog mixer lama di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Hasil instalasi Topp Pro DM24.8 di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu memberi satu penambah baikan kepada mutu audio.
Untuk maklumat produk