Ditulis oleh Eric Chee
Direkomendasi oleh TS Wong.
Perkembangan teknologi professional audio cukup pesat sekali. Dengan setup kecil, dapat menghasilkan Sound Pressure Level (SPL) yang cukup tinggi. Perkembangan ini bukan sahaja membantu pengusaha PA sistem jimat ruang, jimat kos pengangkutan dan kos tenaga pekerja.
Setup sepasang Audiocenter L65 Column Loudspeaker dan sepasang subwoofer SA3118 dikatakan mustahil pada 10 tahun yang lepas. Loudspeaker yang kecil saiznya dikatakan tidak mampu untuk mengerakan udara mencukupi untuk mendapatkan bunyi yang memuaskan.
Setup ini bukan lagi satu mimpi, kerana L65 + SA3118 terbukti mampu untuk menjana kualiti audio yang bermutu. Satu pemilik sistem ini membuat setup untuk persembahan Kumpulan Samudera. Event ajuran Engineering Technology Club di Univerisiti Tun Hussein Onn Malaysia di Dewan A9 memberi satu kejutan dengan kualiti yang menakjubkan. Para hadirin pada acara ini, semua memberi tepukan gemuruh dan standing ovation kepada Kumpulan Samudera. Ini juga bermakna, mutu audio berjaya menguja kesemuaan hadirin. Tonton video di bawah:
Teknologi L65 Column Loudspeaker (L65 mk2 merupakan versi 2) sememangnya unik. Jika anda ingin mengenali lebih mendalam tentang teknologi ini, sila tekan SINI.