Ditulis oleh Eric Chee
Direkomendasi oleh CP Lim.
Selepas 6 tahun dari pemasangan sistem Audiocenter di Ipoh Convention Center (ICC) pada 2017, pada jarak 2 km atau 4 minit trip dengan kereta dari ICC, satu bangunan baru milik Lembaga Air Perak telah memasang sistem audio yang sama.
Pada 2019, ketika bangunan baru Lembaga Air Perak masih di dalam perancangan, AVEM bersama system integrator membuat satu reka bentuk khas sistem audio untuk Dewan Banquet di banguan baharu Lembaga Air Perak. Jurutera sistem audio dan produk manager kami, Eric Chee telah membuat satu simulasi komputer untuk menentukan posisi speaker dan coverage audio di dewan banquet yang boleh memuatkan seramai 320 pax. Objektif reka bentuk audio sistem adalah kejelasan audio dan kekuatan audio sama rata di seluruh dewan.
Cadangan audio yang berasaskan objektif ini diterima oleh Konsultant M&E projek ini setelah dibentangkan kepada konsultant dan main kontraktor. Tetapi, projek ini tergendala apabila Malaysia memasuki zaman lockdown and pandemik. Projek ini bersambung pada tahun 2022 dan sistem ini mula dipasang oleh installer kami.
Pada 17hb Januari 2023, team engineering AVEM dipanggil untuk ke site untuk membuat penalaan atau calibration sound sistem. Pada hari yang sama, end user dari Lembaga Air Perak juga akan hadir untuk membuat ujian bunyi disamping meneliti kesemuaan peralatan yang dibekalkan untuk projek ini.
Di tapak, kami mengunakan sistem SMAART untuk membuat ukuran frekeunsi audio. Menerusi software ini, jurutera audio kami dapat mengenali apakah frekeunsi yang berlebihan ataupun frekeunsi yang berkurangan, justeru itu, kami dapat memperbetulkan masalah frekeunsi tidak sama rata ini. Ketika proses penalaan bunyi, terdapat staff Lembaga Air Perak yang ingin tahu kenapa memerlukan audio calibration pada dewan ini. Secara ringkas, setiap dewan mempunyai ciri pantulan bunyi yang berlainan and tahap acoustic treatment yang berlainan. Sound sistem yang sama akan berbeza bunyi jika ia dipasang di dewan lain, di bilik ataupun di outdoor. Setiap dewan juga mempunyai bilangan speaker dan subwoofer yang berbeza maka kita perlu memastikan balancing perlu dibuat berdasarkan bilangan yang berbeza.
Bukan semua projek berjalan dengan lancar. Ketika kami membuat calibration audio di dewan banquet, kami berdepan dengan 2 masalah besar. Masalah pertama: bahagian kanan speaker tidak berbunyi. Selepas membuat troubleshooting and penelitian sistem di rak peralatan, kami mendapatkan satu kabel XLR terputus dibahagian soldering. Masalah kedua, di bahagian kanan speaker terdapat satu lokasi dimana audio tone tenggelam. Audio engineer kami yang berpengalaman dengan mudah saja dapat mengenali masalah tersebut dan menyelesaikannya dengan masa yang cepat.
Di akhir hari, kami sempat menghabiskan tuning audio untuk sound sistem Audiocenter Line Array ini. Kepantasan menyelesaikan masalah memberi berkesempatan untuk team kami menikmati sajian makanan lazat di Ipoh sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
Kualiti audio sememangnya cemerlang dan berprestasi tinggi dan ia dipersetujui oleh staff Lembaga Air Perak. Dua staff dari LAP berkaraoke dengan sound sistem Audiocenter dan memuji kualiti sound sistem ini. Bukan sahaja staff dari LPA, team dari AVEM yang terdiri daripada unit penalaan bunyi dan team pengambaran juga sangat berpuas hati dengan hasil akhir sound tuning.
Secara am, audio sistem yang dicadang dan dipasang di dewan banquet LPA terdiri daripada 6 biji line array Audiocenter KLA28 dan 2 biji subwoofer Audiocenter KLA815B. 3 unit Audiocenter PRO-9.0 digunakan untuk memberi kuasa kepada line array dan subwoofer. Untuk membuat setting dan calibration audio, kami mengunakan satu digital loudspeaker management Topp Pro DLM-408 Plus.
AV Electronics Marketing merupakan pembekal sound sistem professional sejak 1997. Selain membekal, kami juga mereka-bentuk sound sistem khas untuk dewan, memberi consultation, membuat pemasangan, membuat calibration sistem dan membuat site visit. Kami juga berkerjasama rapat dengan system integrator, audio konsultant, M&E konsultant dan end user dalam bentuk Trinity Cooperative untuk menjayakan sesuatu projek. Reka bentuk kami tidak terhad kepada sistem line array seperti pada dewan LPA ini, tetapi reka bentuk kami fleksibel untuk memenuhi keperluan pelanggan dari segi kualiti, kos dan senang guna. Jika anda memerlukan servis kami untuk mereka-bentuk sistem audio untuk dewan anda atau membantu projek dewan client anda, boleh hubungi expert kami.
Kita ada sedikit permintaan. Jika anda berasa artikel ini membantu, diharap dapat kongsikan kepada lebih orang ramai