Ditulis oleh Eric Chee
Malaysia merupakan salah satu negara yang mendapat akses awal konsol digital generasi ketiga keluaran Topp Pro. Digital mixer baharu ini, DM48.20 dijangka akan dijual di pasaran pada suku keempat tahun 2023 (Q4 2023).
Mixer Topp Pro DM48.20 yang mempunyai 48 channel input dan 20 output ini adalah unit prototype untuk kami mendapatkan maklum balas prestasi dan fungsi konsol, serta usaha kami dalam membantu pihak kilang untuk menangkap pepijak perisian (catch software bugs).
Lawatan ini sangat berjaya kerana ia membuka mata dan pengenalan kepada jenama mixer alternatif yang mampu milik kepada pemilik syarikat sewa PA, jurutera audio dan pemilik tapak event. Antara fungsi yang menarik minat ramai adalah keupayaan konsol beroperasi pada 96 kHz (juga boleh pada 48 kHz), 8 channel Feedback Canceller, keupayaan untuk membuat 4 bank custom fader layer, touch skrin 10", 1-to-1 input/output patching, keupayaan daisy chain Dante dan keupayaan Dante patching di konsol tanpa mengunakan perisian Dante Controller di PC/MAC.
Sudah pasti, konsol prototype (Perisian v2.06) ini masing ada lagi kekurangan fungsi dan masih ada lagi pepijak perisian. Hasil lawatan ini sangat memuaskan kerana pihak kami menerima nasihat dan komen untuk penambah baikan untuk pihak kilang. Sudah tentu ia amat membantu kepada pihak kilang sebelum pengeluaran secara besar-besaran pada suku keempat pada tahun 2023.
Pihak AV Electronics Marketing Sdn Bhd sangat berterima kasih kepada perserta showcase ini di atas kesudian untuk meluangkan masa mencuba konsol Topp Pro DM48.20. AVEM juga mempunyai rancangan untuk touring ke negeri lain dan destinasi seterusnya akan diadakan di Kuantan menerusi Sir Afa Demo 6.0 pada 14hb Mei 2023. Kepada pihak yang berminat atau terdapat cadangan touring ke negeri lain, boleh hubungi Eric Chee.
Kita ada sedikit permintaan. Jika anda berasa artikel ini membantu, diharap dapat kongsikan kepada lebih orang ramai